Friday 11 July 2014

Kronologi kejahatan Israel terhadap Palestin dan tali barut US



Ogos 1897, persidangan antarabangsa zionis diadakan di bawah pimpinan Herzl, keputusan untuk menubuhkan sebuah kerajaan Yahudi dimeterai. Gerakan Zionis berdiri sebagai gerakan perkauman yang terpaksa dibina di atas landasan dan latar belakang keagamaan dan keturunan Yahudi. Zionis telah merancang dan menggabungkan diri dgn projek penjajahan Barat yang ketika itu memiliki kekuatan politik, ekonomi dan ketenteraan. Usaha Zionis pada awalnya gagal untuk memperolehi sebarang sokongan sehingga akhir perang dunia pertama (WW1). Zionis terus berusaha dan meletakkan syarat2 kepada kejayaan pertubuhan mereka adalah untuk merampas tanah Palestin (The Promised Land). Sebelum WW1 (1914-1918), kerajaan Turki Uthamniyyah melarang org yahudi membeli tanah di Palestin tapi larangan tersebut ditarik balik. Semasa WW1, British membuat perjanjian dgn 3 pihak iaitu France dan Russia tentang pembahagian kawasan kemenangan. sementara itu, Perjanjian British dengan Raja Hussin berlaku supaya ini dapat menolong lemahkan kerajaan Uthmaniyyah melalui semangat nasionalism.



British juga membuat perjanjian dengan Zionis yg ketika itu menguasai Amerika.



Tujuan British adalah agar dapat melobi Amerika menyertai perang menentang German. Sebagai balasan kpd zionis, akan diberikan Palestin. Perjanjian British-Zionis ini akhirnya berlaku dan dikenali sebagai "Declaration Balfour."




Pada tahun 1924, kerajaan Uthmaniyyah tumbang. Pertama kali dalam sejarah umat Islam tanpa sistem khalifah . Liga Bangsa-Bangsa (sebelum ada PBB) didesak untuk menerima 'Balfour declaration' antara British dengan Yahudi. Declaration tu diterima dan orang-orang yahudi dari negara-negara eropah dan rusia memasuki tanah Palestin beramai-ramai. Orang-orang yahudi mula menggunakan strategi ganas dengan menubuhkan kumpulan-kumpulan pengawal yang akhirnya menjadi kumpulan2 gangster. Rejim Israel mula mengenakan tekanan seperti cukai tanah yang tinggi dikenakan kepada penduduk Palestin supaya mereka menjual tanah mereka. Pada waktu itu, Jihad Palestin mula ditubuhkan. Bermula tahun 1929, umat Islam di sana mula bertempur dengan pihak British. Fatwa haram menjual tanah kepada yahudi dikeluarkan tahun 1935. Sepanjang tahun 1929-1939, banyak pertempuran berlaku tetapi gagal. Pada tahun 1944, cuma sekitar 75000 org yahudi di Palestin dan British berjanji bahawa tidak akan ada lagi orang yahudi yg akan dibawa masuk. 1947, British membincangkan isu Palestin di PBB. resolusi 181 PBB menyatakan bahawa PBB bercadang bahagikan Palestin kpd 2. Walaupun ternyata pembahgian tersebut tidak logik, namun yahudi masih tidak puas hati dan inginkan lebih banyak penguasaan. Gerakan penentangan terhadap kehadiran yahudi terus dilakukan oleh kaum muslimin di Palestin. 14 mei 1948, Israel diisytiharkan sbg negara dan org Palestin diusir. Peristiwa ini dikenali sebagai NAKBAH yg bermaksud malapetaka besar. Dalam peristiwa Nakbah, Yahudi Zionis telah bertindak kejam dengan mengusir lebih daripada 60 peratus rakyat Palestin.




Drp 580 perkampungan rakyat Palestin yang wujud sebelum perang 1948, Zionis telah menghancurkan 478 buah kampung. Rejim Zionis telah bertindak di luar batas kemanusiaan. Nyawa penduduk Palestin bagaikan tiada nilai di mata mereka. Antaranya peristiwa yang paling tragis ialah tragedi Deir Yassin pada 9 April 1948 yang melibatkan pembunuhan seramai 254 orang. Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) sendiri menyaksikan bagaimana rumah rakyat Palestin dibakar dan orang yang cuba menyelamatkan diri ditembak. 1949, Israel merancang untuk menubuhkan Israel Kubra (the great Israel) yang meliputi kawasan Palestin termasuk Iraq dan Madinah. 1957 Yaser Arafat menubuhkan Al-Fatah, gerakan revolusi untuk menentang Yahudi yang kemudiannya dikenali sebagai PLO . 1967-1970, perang berlaku dan israel kalah teruk. perang tu dinamakan 'Perang Karamah'. Tahun 1987, PLO yg diketuai oleh Yaser Arafat menukar pendekatan perjuangan, daripada arm struggle kpd negotiation.



Pada 1978 Camp David dimetrai, ia adalah perjanjian antara Mesir (Anuar Sadat) dan Israel. Waktu tu, maruah umat Islam jatuh teruk. Pembunuhan Anwar Sadat adalah satu dari tanda kebencian umat .



1987, HAMAS muncul di Palestin dan berpusat di Gaza dengan tercetusnya Intifada. Upraising terhadap kezaliman Israel . Hamas adalah salah satu gerakan berasaskan Ikhwanul Muslimun .



Hamas ditakuti oleh orang yahudi kerana prinsip pejuangannya dan dipimpin oleh golongan pelajar dan profesional. 1993 , berlaku perjanjian damai OSLO di mana PLO (Yaser Arafat) diberi peluang memerintah Gaza dan Tebing Barat.



Perjanjian ini ditandatangani diantara Yasser Arafat (FATAH) yang mewakili rakyat Palestin dengan Yitzhak Rabin yang mewakili rakyat Israel. Perjanjian OSLO berat sebelah. Dengan adanya perjanjian ini bermakna rakyat Palestin telah kehilangan 77% bumi Palestin. Dengan termeterainya perjanjian OSLO yang berat sebelah ini, rakyat Palestin tidak mempunyai senjata jika diserang oleh tentera Israel. Pergerakan HAMAS tidak bersetuju dengan isi kandungan Oslo 1993 kerana ianya satu perjanjian yang berat sebelah. Arafat pula cuma mentadbir 5 perkara iaitu kesihatan, pendidikan, special affair, cukai dan pelancongan. Urusan lain diuruskan oleh israel. Kerajaan Arafat tak boleh ada senjata kecuali polis supaya dapat perangi keganasan. Perjanjian OSLO sememang menyekat perjuangan HAMAS dan meletakkan HAMAS dan pejuang-pejuang sebenar pembebasan Palestin serba salah.

Hasil persetujuan OSLO Yassir Araffat, Palestenian Authority ditubuhkan. 'Kerajaan' baru ini diiktiraf oleh beberapa negara kecuali US & UK. US sememang memainkan peranan besar di dalam menentukan hala tuju kekuasaan Israel di bumi Palestin. Ketika pentadbiran Clinton , empat kementerian dikenalpasti diketuai oleh Yahudi. Daripada 11 orang senat US, 7 orang adalah Yahudi termasuklah Pengarah CIA.

Sep 2001, Ariel Sharon sebagai Perdana Menteri Israel merancang mencabar umat Islam dengan memasuki Al-Aqsa.

2005, bermula pembinaan tembok kematian berketinggian lebih 30 kaki melingkari perkampungan Palestin.



Dalam pilihanraya 2006, Hamas menang besar. Kemenagan HAMAS mengatasi FATAH sungguh tidak diduga semua pihak termasuk Israel. Kemenangan HAMAS tidak diiktiraf Israel, Amerika dan beberapa kuasa besar. Keadaan tersebut membawa kepada sekatan terhadap Gaza. 2007, inisiatif kerjasama digerakkan oleh pihak Fatah dan Hamas yang di adakan di Makkah serta mereka berdamai demi kesejahteraan Palestin. Kemenangan besar Hamas mengatasi Fatah tidak disangka Israel dan Amerika. Mereka sekian lama malebelkan Hamas sebagai pengganas. 2006, Israel yang mendapat sokongan Amerika dan negara eropah telah mengenakan sekatan (Blockade) terhadap Gaza.



Kepungan yang tidak berperikemanusiaan ini diperkukuhkan lagi bila US mendalangi rampasan kuasa yg gagal terhadap kerajaan yg diketuai Hamas. Dengan kerjasama dari Mesir, Israel berjaya menukarkan Gaza kepada penjara terbuka untuk 1.6 juta penghuninya.

Israel menggunakan senjata baru yang menyebabkan kecederaan yg tidak pernah dirawat oleh doktor sebelum ini. Senjata ini disediakan oleh AS yang kebanyakannya sebagai geran ketenteraan. Pada hakikatnya Gaza digunakan sebagai makmal untuk menguji keberkesanan pembunuhan dengan senjata baru ini. Ketika ini semua senjata digunakan seperti bom kimia berangkai. Bom kimia berangkai bila meletup akn turun ke bawah bertaburan & jika mengenai kulit akan terbakar sampai ke tulang. Gaza masih merupakan kawasan yang sukar dimasuki krn kekuatan pasukan yang dibina Hamas bergelar tentera Al-Qassam .



No comments:

Post a Comment